salam
alhamdulillah sihat semuanya. cuma anak2 la tengah tak sihat diserang hfmd. camnepun dua2 dah semakin baik. dah tak demam. dah boleh makan dan minum susu. risau aku dengan suami kenangkan anak2 tak sihat.
sekarang ni aku sedang hamil anak ke 3. syukur ke hadrat Ilahi. terkenang masa awal2 nak dapatkan anak pertama. sukar jugak perjalanan kami. bukan mudah2 nak lekat. selepas setahun 6 bulan dan selepas menjalani treatment barulah Allah berikan rezeki anak kepada kami. alhamdulillah.
masa mengandungkan Aleesa, aku dan suami masih naif. hanya bergantung kepada nasihat nurses di KD. tak banyak sangat membaca. my bet. anak ke dua aku sudah mula ambil supplement selain yang diberi doctor. dan sekarang yang ke3, kami semakin banyak yg diketahui. insyaallah.
mudah2an aku survive bakal menjadi umi untuk 3 anak2 syurga. amin..