Tuesday, April 7, 2015

bun in the oven

salam

alhamdulillah sihat semuanya. cuma anak2 la tengah tak sihat diserang hfmd. camnepun dua2 dah semakin baik. dah tak demam. dah boleh makan dan minum susu. risau aku dengan suami kenangkan anak2 tak sihat.

sekarang ni aku sedang hamil anak ke 3. syukur ke hadrat Ilahi. terkenang masa awal2 nak dapatkan anak pertama. sukar jugak perjalanan kami. bukan mudah2 nak lekat. selepas setahun 6 bulan dan selepas menjalani treatment barulah Allah berikan rezeki anak kepada kami. alhamdulillah.

masa mengandungkan Aleesa, aku dan suami masih naif. hanya bergantung kepada nasihat nurses di KD. tak banyak sangat membaca. my bet. anak ke dua aku sudah mula ambil supplement selain yang diberi doctor. dan sekarang yang ke3, kami semakin banyak yg diketahui. insyaallah.

mudah2an aku survive bakal menjadi umi untuk 3 anak2 syurga. amin..

Thursday, January 29, 2015

rutin baru

assalamualaikum

alhamdulillah. dah selamat masuk ke tahun baru. in fact, dah nak habis sebulan pertama tahun baru ni pun.

masuk tahun baru ni, umi ada rutin baru. kakak dah start sekolah. umi dengan abi masukkan kakak ke little caliphs. kebetulan mereka buka program untuk kanan2 3 tahun. rezeki kakak.

jadi pagi2 umi akan siapkan kakak dan hantar kakak ke sekolah. sekolah mula jam 8. biasanya dalam pukul 7.30 pagi umi dah turun ke kereta. ikut keadaan trafik. kalau trafik lancar dalam 10 ke 15 minit kami dah sampai sekolah kakak. tapi kalau trafik perlahan makan setengah jam juga.

lepas hantar kakak umi akan balik rumah semula. buat apa yang patut. kadang2 tak buat apa. hahah layan melepak dengan adik je. pukul 11.30 nanti umi dah siap2 nak jemput kakak. kakak memang selalu terpacak depan pintu sekolah tunggu umi. kadang2 umi sengaja nyorok nak perhatikan dia. terjengah2 kepala dia mencari. hihi sayang kakak.

kenapa umi dengan abi hantar kakak sekolah sebegitu awal? memang ramai yang tanya. lagi pula kakak pun baru 2 tahun 5 bulan masa tu. almaklum baby August. tapi kami ada alasan dan tujuan sendiri. saje nak bagi kakak kawan2. besarkan sikit skop hidup dia. jumpa ramai orang. bersosial. dan sebagai bonus, dapat belajar apa yang cikgu2 ajarkan nanti.

panjang pulak bila sesekali membebel kan.

btw, semalam birthday adik yang pertama. selamat hari lahir sayang. umi, abi n kakak love u so much. u are big boy and soon to be big brother. auwww

wassalam.